Umum

Kenapa Key G Low Tak Sesuai Untuk Mula Belajar?

Soalan Popular : Key apa sesuai untuk permulaan?

 

 

Dari awal tahun 2013, jika dilihat di facebook rasmi persatuan Seruling Malaysia. Soalan ni paling kerap ditanya, dan merupakan ilmu terawal yang biasanya peniup seruling dapat, iaitu apa key yang sesuai. Artikel ini ditulis atas sebab, gambar yang telah dimuat naik ke laman instagram Seruling.My banyak mendapat respon / mesej / komen yang berminat membeli adalah dari peniup baru yang ingin belajar.

Jadi, Seruling.My melarang sekeras-kerasnya bagi mereka yang baru, untuk bermula dengan key G Low atau lain-lain key low. Larangan ni merupakan rujukan, nasihat dan perbincangan lama dari rakan komuniti Seruling Malaysia sendiri. Kenapa?

  • Key low, Jarak antara lubang jarinya agak jauh. Jika peniup baru guna key low, akan timbul alasan “jari saya pendek, tak sampai”
  • Susah untuk kawal tiupan angin antara oktaf pertama dan oktaf kedua
  • Nafas cepat habis jika salah cara tiupan, semput.

Tiga sebab utama diatas ini akan menyebabkan peniup baru cepat putus asa dan kemudiannya tempat seruling tu duduk di atas almari, bawah katil atau mudah.my. Haha. Jadi apa key yang sesuai untuk permulaan? boleh baca penerangan lanjut disini. Jawapan : http://seruling.my/faq

Semoga perkongsian ringkas ni memberi manfaat kepada peniup baru nak mula meniup.

 

Contoh lagu-lagu yang menggunakan key G Low :

 

Untuk pembelian key G Low boleh klik sini :

https://www.billplz.com/custom-glow

atau

Whatsapp : http://pm.seruling.my

Comments

comments

You Might Also Like