Semalam aku ade buat sedikit persembahan tiupan seruling untuk majlis persandingan Yusran dan Maimuna di seksyen 23, Shah Alam. Selama aku buat persembahan di kenduri sebegini, tiba-tiba semalam aku telah diajukan soalan yang aku kira agak menarik untuk dikongsi.
Tetamu : Dik, sedap adik tiup lagu guna seruling tu dik.
Aku : Terima kasih bang (sambil senyum lebar). haha
Tetamu : Dah lama ke adik belajar main seruling ni?
Aku : Hampir 5 tahun jugak la bang start saya pegang seruling ni.
Tetamu : Masuk kelas muzik kat mana dik?
Aku : Eh, saya takde masuk kelas muzik bang, belajar dari kawan-kawan yang pandai main seruling je.
Tetamu : Ooo. Boleh pandai sampai macam ni eh kalau belajar dengan kawan-kawan je?
Aku : Boleh je bang. kenapa tak bolehnya?
Tetamu : Saya ada guitar kat rumah. Dulu ayah saya suruh belajar gitar, ada jugak pergi kelas muzik, tapi sampai sekarang tak pandai main lagi dik. hehe.
Dan perbualan kami agak panjang di situ.
Saje aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku dengan alat muzik seruling ni yg mana kawan-kawan boleh mengaplikasikan point tu kepada macam-macam cabang.
Macam mana aku tertarik dengan instrument seruling ni? Pada hujung tahun 2007, aku belajar di Kolej Uniti, Pasir Panjang. Dari situ aku kenal dengan seorang kawan yang diberi nama Amir. Sepanjang perkenalan kami, aku tahu dia sukakan muzik. Tapi aku tak pernah tau pon dia pandai main apa-apa alat muzik terutamanya instrument Seruling.
Selepas aku berhenti dari belajar, pernah sekali aku terlintas untuk singgah di asrama lama dan menziarahi kawan-kawan aku (termasuk awek sekali la time tu). hahaha. Dan masa aku di asrama tu la pertama kali aku dengar bunyi seruling secara live apabila ‘Amir’ meniup dihadapan aku dengan cubaan lagu ‘kekasih awal dan akhir’. Lepas dengar tiupan seruling tu, terus aku terpegun dengan bunyi instrument tu. haha.
Balik dari ziarah mereka, aku pun call Amir, sebab nak mintak dia ajarkan aku main instrument seruling tu, dan aku agak bertuah sebab dia nak ajar aku walaupon dia cuma cakap “ko beli dulu seruling kat kedai muzik kat PD tu. beli yg murah-murah je dulu kemudian cuba tiup, kalau bunyi nanti bagitau aku”. hehe. Besoknye aku g kedai muzik dan terus beli seruling key G. Belum sempat balik rumah aku terus cuba tiup tapi malangnya tak berbunyi. Baru nak naik semangat tiba-tiba dah down. hahaha. Terus malu nk call Amir.
Tapi aku tetap tak puas hati, aku call jugak kemudian amir suruh tutup satu lubang tengah pastu baru cuba tiup. haaa… masa tu baru la ada bunyi sikit. Sikit je la. Tu pon sumbang menyakitkan telinga sendiri. Tapi takpela, aku pegang kata-kata amir.”kalau bunyi bgtau aku”.
Dalam masa aku belajar meniup tu, macam-macam tomahan jugak la yg aku terima dari orang sekeliling terutamanya keluarga aku sendiri. Bila aku tiup kat rumah, diorang kata bingit la bising la, sumbang la. aku masuk bilik, kunci pintu, sendal baju kat bwh pintu supaya bunyi tak kuat sangat kemudian aku tiup lagi. Itu pun diorang marah sebab bising. Aku jadi buntu dah. Semangat tengah ada, tapi sokongan je takde.
Lama kelamaan aku makin ‘biasa’ meniup dan dah mula ada melodi yang mana bila orang dengar dia dapat tangkap lagu apa. Seronok gila dapat main lagu walaupun lagu do re mi sampai do semata-mata.
Makin lama aku cuba, makin banyak input aku dapat cara meniup seruling. Macam-macam rujukan yang aku dapat antaranya mestilah dari Amir, kawan-kawan muzik yang lain, uncle gemok, youtube dan lain-lain. Sampailah satu tahap, bila mak aku yang offer mcm ni “am, nnt mak bg duit, dak am beli speaker pastu try main kat tepi-tepi jalan macam yang orang sekarang buat tu nak?” aku punya la melonjak keriangan. Mana tak nya. Dia yang dulu cakap bising, sekarang dia pulak suruh kita main kat depan orang ramai. .
Tak lama lepas tu, aku pun cuba main depan orang ramai. Berpeluh-peluh bibir meniup masa tu. Aku ni jenis cepat nebes. Bila nebes je peluh macam pergi panjat batu putih tu ha. hahaha. So, jadi sumbang la bunyi seruling tu bila banyak terkucil-kucil. hahahaha. Dah la masa tu ade 6 buah lagu je. Korang bayangkan 6 lagu tu, aku ulang-ulang dari pukul 9.30 malam sampau 1 pagi . yang dengar tak ngantuk. Aku yang meniup ni yang mengantuk. hahahahaha. Tapi alhamdulillah, dapat la masa tu RM67. Pertama kali busking. hehe. Dan dari busking tu la aku mula dipanggil untuk buat persembahan di majlis-majlis. semua job aku tak tolak. Tak kira berapa payment pun aku bedal. yes. Memang penat. Tapi bagi aku mesti ada sesuatu yang aku dapat selain dari pengalaman. hehe.
Sampai la hari ni, meniup seruling ni jugak adalah salah satu punca pendapatan aku yang paling mewah aku pernah dapat tak silap 2 tahun lepas. Masa musim raya, 3 kali berturut-turut dapat main untuk event MB Negeri Sembilan. 1st di kampung rantau. Main 6 lagu, dapat RM1000 dari MB. RM500 dari jkkk. 2nd, main depan datin (isteri MB) kat dewan ape entah area seremban. tiup 1 lagu dapat RM1000, 3rd pun main untuk MB. Pun masih sama jugak. Tiup satu lagu (pulanglah-aishah) dapat RM1000. Jadi orang kaya kejap aku masa raya tahun tu. haha. Sekarang aku dah mula fokus dengan benda-benda lain. Tapi tak bermaksud aku lupa dengan Seruling ni. Dan sekarang tak banyak sikit pun, tiupan seruling ni dapat membantu aku untuk kumpul duit buat modal travel. hehe. Agak-agak sempit, Pergi busking. Dapat la sekali busking dalam rm100 macamtu. Busking 3 kali lepas duit tiket pergi vietnam untuk mulakan bisnes.
Point dia kat sini, macam-macam kita boleh buat sebenarnya untuk menjana pendapatan. Asalkan apa yang kita buat tu ada niat yang betul + minat + kesungguhan + istiqomah. Mulut orang susah kita nak tutup. Macam-macam tomahan yang diterima bila kita dalam proses nak berjaya. Tapi bila kita ada minat dan kesungguhan tu, mesti automatik kita akan abaikan mulut-mulut orang yang berkata tu. hehe.
Penulis : Amri
Facebook : Amri baik