Seruling adalah sejenis alat muzik dari keluarga woodwind. Ia merupakan sebuah alat aerofon yang mengeluarkan bunyi daripada aliran udara yang merentasi lubang. Ia hanya diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu. Jadi ianya merupakan alat muzik yang sangat dekat dengan alam. Cuma sebatang buluh dan tidak memerlukan teknologi canggih untuk menciptanya. Jadi semuanya balik kepada alam. Namun kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam aluminium, kayu serta pvc.
Cara memainkannya adalah dengan tiupan. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik. Seruling dikategorikan sebagai alat tiupan pinggir. Jadi ia menyukarkan pemain baru membuat bunyi penuh daripada seruling melintang berbanding alat seperti rekorder, serunai atau tin wisel yang mana tiupan secara terus. Aliran udara instrumen seruling perlu dihalakan pada sudut dan arah yang betul, jika tidak udara yang terkandung di dalam alat tidak akan bergetar.
JENIS-JENIS SERULING