BUKU LAGU SERULING : BUKU SERULING PERTAMA DI MALAYSIA

  • Pernah ada niat nak tiup seruling, tapi tak teruskan sebab tak jumpa rujukan?
  • Dah ada seruling tapi putus asa tak dapat tiup apa-apa lagu?

Jika anda ada salah satu masalah di atas, buku ini amat sesuai untuk anda.
Dalam beberapa tahun SERULING.MY menjual dan dalam masa sama menjawab soalan-soalan berkenaan seruling. Kami dapati banyak soalan yang berulang. Dan kami cuba semampu mungkin untuk selesaikan satu persatu masalah ini. Soalan yang paling kerap disoal adalah seperti di bawah.

Penafian : Semua isi kandungan di dalam buku ini tiada kena mengena dengan mana-mana persatuan atau agensi, sama ada yang berdaftar ataupun tidak. Buku ini adalah inisiatif yang diwujudkan oleh pihak Seruling.My sendiri untuk membantu peniup baru.

Sebelum buku ini terhasil, memang cuma satu sahaja jawapan yang dapat diberi, cuma dengan hafal melodi, ikut hati. Jika tanya mana-mana peniup pun jawapannya tetap sama. "Saya tiup by heart".


Dan kebanyakan dari peniup baru akan buntu, "macam mana nak tiup by heart?"

Jadi, SERULING.MY hasilkan buku ini sebagai medium penggerak awal kepada peniup baru untuk mulakan langkah. Terdapat 20 buah lagu yang terkandung di dalam buku ini. Setelah anda berjaya hafal fingering 20 lagu yang tersedia. Insya-Allah akan mudah untuk cari sendiri fingering untuk lagu lain pada masa akan datang. Telinga akan terbiasa dengan bunyi-bunyi yang keluar dari setiap lubang.


Apa yang anda perlu tahu sebelum beli buku ini?

  • Dah dapat bunyikan seruling.
  • Faham apa itu octave

Buku ini sesuai untuk sesiapa sahaja walaupun tiada latar belakang muzik atau tak pandai main apa-apa instrument lain. Not/fingering yang ditunjukkan dalam buku ini sangat mudah untuk difahami (dalam bentuk nombor). Contoh seperti di bawah.

Senarai lagu di dalam buku ini :

Ulek Mayang
Tanah Pusaka
Mengapa Dirindu
Gurindam Jiwa
Tentang Bulan
Kemarin
Meraung
Pulangkan
Jerat Percintaan
Embun
Suaramu Syairku
Kau Bernama Seri
Sedalam-dalam Rindu
Srikandi Cintaku
Rapuh
Ainul Mardhiah
Kau Sahabat Kau Teman
Kau Ilhamku
Pelangi Petang
Ombak Rindu