Apa beza key banyak-banyak tu?
  • Seruling.My : Dari segi fizikalnya dalam key C D E F G. Key C merupakan key yang paling panjang dan Key G paling pendek.
  • Seruling.My : Dari segi bunyi, Key G paling tinggi/nyaring dan key C paling rendah bunyinya.
  • Seruling.My : Dari segi teori, Setiap key ada pasangannya di dalam Circle of fifth , sebagai contoh, Am pasanganya seruling key C.
Haritu ada beli seruling. First time try nak main, boleh ajar sikit cara tiup?. Saya tiup tak keluar-keluar bunyi. 
  • Kimie : Samakan dulu lubang tu dengan mulut. Kemudian pusing sikit.
  • Kimie :Tiup bagi tajam sikit angin untuk nada nyaring (2nd octave).
  • Nurdin : Tiup je macam mana sampai keluar bunyi. Saya tiup dekat dua minggu. baru keluar bunyi. Just tiup jangan main fingering lagi.
  • **Try and error.

 

Macam mana nak bagi bunyi 2nd octave?
  • Fauzie : Cuba tekan tiup lg kuat sikit & tajamkan angin ke dalam lubang tiup.
  • Minzi : Adjust lipping (bibir). Tiup ibarat kita tiup plastik gula-gula hacks sampai bunyi tu.

 

Sapa sini faham dengan brand seruling buluh dizi yg merata dijual.  Sebab sesetengah brand ada yang bukan lilit merah, ada yang bukan hujungnya replika tanduk dan ada yang berlainan sticker. Mohon rakan-rakan sini boleh kongsi pendapat brand mana yang sedap.
  • Safuan : Ok, cerita pasal Dizi. Kat China sana ada banyak kilang. So, trademark masing-masing. Jangan fokus kat tanduk. Bukan semua seruling mahal tu ‘pitch’ tepat. Tak kira la tanduk kambing kampung pun. Ade je seruling murah yg ‘pitch’ bagus. Jangan risau, tanduk tu tak pengaruh apa-apa pun. Lagi satu, kalau tiup tak padu firstly check cara tiup. Lain Dizi lain saiz buluh. So, lipping position pun dah lain.
  • Boy :  Kita tak perlu cerita jauh pasal seruling mahal ke murah yg baik. Yang sebetulnya kita ni FAHAM KE PASAL SERULING? Aku sendiri pakai seruling yang harga nya rm10 untuk main konsert dan recording. Aku tau ramai lagi peniup hebat yang macam tu dan ada di antara seruling tu dorang yang bikin. Tapi kenapa OK JE. Jadi cuba faham betul-betul pasal instrument ni. Kesimpulannya 80-90% yang mahal dan bagus tu adalah dari peniup tu sendiri dan selebihnya dari instrument.

 

Harga seruling berapa, saya newbie lagi / seruling ni biasanya dijual dalam harga berapa ratus?
  • Ikhwan : Bergantung pada kualiti. Baik kualiti tinggi la harganya. Biasanya dalam RM80 ke atas
  • Ridzuan : lain kualiti lain harganya tuan, lain pembuat seruling lain harganya. lain material lain harganya. Saya beli seruling pertama dulu dlm rm70 rasanya. Banyak faktor  yang menentukan harga ni.

 

Soalan musim hujan. Tadi tengok seruling berkulat. Mungkin sebab cuaca sejuk dan lembab yang agak lama. Ada apa-apa tips penjagaan tak, nak elakkan benda ni. Sapu minyak ke madu ke. kongsikan. Hehe
  • Boy : Basuh mcm biasa lepas tu cari lemon oil, kedai hardware ada jual, sapu kat seruling tu. Jangan biasakan seruling terdedah, seeloknya letak dalam beg ke. Harap dapat membantu dan selamat mencuba.

 

Apa-apa key yang wajib saya perlu sedia untuk peringkat permulaan. Key yang saya ada sekarang D dan G. Apa key lagi yang perlu saya guna dan sediakan. Minta tunjuk ajar, terima kasih // Assalam, key apa yang sesuai untuk amatur ya?
  • Hairudin : key C, basic.

 

Boleh tak bagi tips or any kind of exercises untuk jaga pernafasan and macam mana buat high note low note.
  • Muhammad : Latih do re mi.
  • Ismail : Banyakkan meniup sampai lebam. hehe. 

 

Betul ke nak main seruling sedap-sedap kena bagi perut penuh? Hehe
  • Sharizal : Bukan penuh kan perut. Tapi ketat kan perut (keras kan otot perut)  then baru tiup. Ni pesan sifu Mohar
  • Ilham : Saya tak pernah dengar mitos sebegini rupa.  . Biasanya perut penuh dengan makanan akan mengakibatkan pemain semput (Sebab dah kenyang). Tengok lah kalau perut masih ada “spare parts”, ok sahaja. Berkata guru saya, perut separa penuh dengan makanan adalah terbaik untuk meniup seruling.

 

Macam mana nak main seruling? Saya ada dua batang. Tapi tak pandai main.
  • Syah : Try mainn doremi sampai do yangg ketiga.
  • Syamil : Praktis dulu doremi. Untuk lembutkan jari supaya tak keras sangat. Dah dapat betul-betul bru cari lagu. Okey? Baby mula pun berdiri baru bleh menapak untuk berjalan 

 

Biasa nya. Seruling dizi ade lubang yang perlu kita tutup kan. Tampal salotape boleh ke?.
  • Eddie : Untuk dapatkan bunyi seruling cina iaitu dizi memang kena tutup dengan kertas dimo. Tapi kalau nak bunyi seruling melayu memang kena tutup tebal dengan salotape atau takde lubang langsung pembuatan seruling tu (seruling melayu)

 

Macam mana ye nak tahu sebatang seruling tu key ape?.
  • Yogurt : Ade tulis. Ataupun tutup tiga lubang. Lubang ketiga menunjukkan seruling tu key apa.

 

Saya baru lagi nak belajar main seruling buluh . tengah cari seruling buluh untuk dibeli online kalau ada . ada sesiapa yang jual ?
  • Seruling.my : Untuk dapatkan seruling Dizi boleh klik page "Beli" . Seruling boleh dihantar ke seluruh Malaysia.

***  Segala perkongsian adalah sekadar asas untuk permulaan, untuk peringkat seterusnya dinasihatkan supaya merujuk kepada yang pakar bagi mengelakkan salah faham.
*** Sebarang percanggahan info, penambahan soalan atau jawapan sila emelkan ke seruling.my@gmail.com atau whatsapp 016 642 3460